Sejenak · Akaun · Privasi · Terma · Refund
Privasi
Sejenak menyimpan apa yang diperlukan untuk majlis anda sahaja.
- Akaun tuan rumah: nama, e-mel, telefon dan kata laluan yang dihash. Kata laluan tidak disimpan dalam bentuk asal.
- Majlis: nama, pelan, masa album dibuka, dan gambar tetamu.
- Gambar hanya boleh dibuka oleh tuan rumah, selepas masa yang dipilih, dengan pautan berkunci.
- Bayaran diproses oleh Stripe (FPX / Kad / GrabPay). Sejenak tidak menyimpan nombor kad atau butiran FPX.
- Gambar dan rekod majlis dipadam secara automatik 12 bulan selepas majlis dibuat (30 hari selepas bayaran untuk pelan Promosi).
- Tetamu tidak perlu akaun. Pelayar mereka hanya menyimpan satu kod rawak supaya had gambar setiap orang dikira.
Untuk minta data atau pemadaman lebih awal, log masuk dan tulis kepada support@sejenak.my.